欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

China Bersedia Dorong Pelucutan Senjata Nuklear

(CRI)Khamis 28 September 2023

Naib Wakil Tetap China di PBB, Geng Shuang semalam menyatakan bahawa China bersedia berusaha bersama-sama pelbagai pihak untuk mendorong proses pelucutan senjata nuklear supaya matlamat dunia bebas senjata nuklear dapat dicapai seawal mungkin.

Geng berkata demikian dalam mesyuarat peringkat tinggi Perhimpunan Agung PBB untuk memperingati dan mendorong "Hari Antarabangsa Hapuskan Senjata Nuklear". Menurut Geng, senjata nuklear merupakan ancaman keselamatan besar dihadapi pelbagai negara. Oleh itu, melarang dan menghapuskan senjata nuklear sehingga mewujudkan dunia bebas senjata nuklear merupakan hasrat bersama manusia. China menyokong inisiatif pelucutan senjata nuklear yang dikemukakan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali.

Geng berkata, China sentiasa mengamalkan dasar pertahanan negara yang bersifat defensif, mengekalkan strategi nuklear yang juga bersifat defensif, membuat komitmen tidak menggunakan senjata nuklear secara terlebih dahulu pada bila-bila masa dan di bawah situasi apa-apa pun, dan tidak menggunakan atau mengancam akan menggunakan senjata nuklear terhadap negara dan kawasan tanpa senjata nuklear.

Selain itu, China akan terus secara minimum mengekalkan kekuatan nuklear pada taraf yang serasi dengan keperluan keselamatan negara, tidak mengadakan perlumbaan ketenteraan dengan sebarang negara bersenjata nuklear, dan tidak akan menyediakan payung pelindung atau menempatkan senjata nuklear di luar negara. Inilah komitmen dan sumbangan besar China terhadap usaha pelucutan senjata nuklear dalam senario global.

Video

Berita Berkaitan