欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

11.8 Juta Perjalanan Inbound & Outbound Sempena Cuti Hari Kebangsaan

(CRI)Sabtu 07 Oktober 2023

Jabatan Pentadbiran Imigresen Kebangsaan China pada hari ini memaklumkan, jumlah perjalanan inbound dan outbound sempena percutian Pesta Kuih Bulan dan Hari Kebangsaan China 2023 mencatat peningkatan 2.9 kali ganda berbanding tempoh sama tahun lalu, dengan mencecah 11.81 juta, iaitu sama dengan 1.47 juta purata sehari.?

Antaranya, jumlah pengembara yang masuk sempadan negara ini dilaporkan menokok 5.87 juta orang, manakala jumlah keluar sempadan mencatat 5.9 juta orang.

Untuk tempoh sama, jumlah alat pengangkutan yang bergerak melalui pintu keluar masuk sempadan pula direkodkan mencecah angka 495 ribu, naik sebanyak 1.4 kali ganda berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Perjalanan puncak sepanjang tempoh percutian tersebut berlaku pada 2 Oktober yang menyaksikan bilangan pengembara yang keluar masuk sempadan melebihi 1.67 juta.

Video

Berita Berkaitan