欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

China Seru Israel dan Palestin Bertenang, Elak Ketegangan Meruncing

(CRI)Isnin 09 Oktober 2023

China menyeru agar pihak-pihak terlibat dalam konflik antara Israel dan Palestin kekal bertenang bagi mengelakkan situasi bertambah buruk.

Pendirian itu disuarakan Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Zhang Jun dalam satu sesi tergempar Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengenai krisis di Asia Barat, pada Ahad.

Zhang berkata China amat bimbang terhadap pertempuran ganas antara Israel dengan kumpulan bersenjata di Gaza serta situasi yang makin meruncing di kawasan berkenaan.

"Kami (China) mengutuk tindakan ganas dan serangan ke atas orang awam, dan semua pihak yang berkonflik harus bersabar ke arah mencapai persetujuan gencatan senjata.

"Pihak terbabit perlu mematuhi kewajipan mereka mengikut undang-undang kemanusiaan antarabangsa, dan jangan melakukan serangan atau pemusnahan menyasar rakyat jelata dan fasiliti awam," kata beliau.

Duta China itu menyatakan keadaan semasa amat rapuh dan China menyokong PBB dan negara berkenaan menjadi orang tengah bagi meredakan ketegangan.

"Kami berharap UNSC sentiasa bersedia mengambil tindakan yang diperlukan untuk menggalakkan dialog, mencapai gencatan senjata dan memulihkan perdamaian," kata Zhang.

Beliau berkata proses perdamaian Asia Barat yang menyimpang daripada landasan betul merupakan punca utama berulangnya krisis Palestin-Israel.

"Masyarakat antarabangsa dan pihak terbabit harus bersinergi mengendalikan krisis kali ini dan melakukan segala usaha habis-habisan untuk memajukan 'penyelesaian dua negara'," ujar Zhang.

Video

Berita Berkaitan