欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Dekati Mercu Tanda Baharu BRI di Bangladesh

(CRI)Rabu 11 Oktober 2023

Bangladesh merupakan negara Asia Selatan pertama yang memeterai memorandum persefahaman mengenai kerjasama Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dengan China.

Mutakhir ini, siri aktiviti 'Checking in the New Landmark BRI' anjuran Kumpulan Media China (CMG) berlangsung di Dhaka, ibu negara Bangladesh.

Antara mercu tanda berkenaan termasuk Pusat Pameran Persahabatan Bangladesh-China, Terowong Bangabandhu Sheikh Mujibur Rahman dan lain-lain.

Dibina oleh China Communications Construction Co Ltd (CCCC), terowong sepanjang 9.3 kilometer yang terletak di muara Sungai Kanapuli itu menghubungkan tebing barat dan timur sungai berkenaan.

Dengan kelajuan reka bentuk 80 kilometer sejam, terowong itu memendekkan masa perjalanan di antara kedua-dua belah tebing sungai daripada lebih dua jam kepada hanya 10 minit, sekali gus mempermudah pergerakan penduduk tempatan.

Ia merupakan terowong bawah permukaan air yang pertama di Bangladesh dan di rantau Asia Selatan.

Pegawai kanan Kementerian Kewangan Bangladesh, Anwar Hussain menyifatkan BRI menyediakan peluang penting untuk pembangunan negaranya.

"Inisiatif itu membantu Bangladesh menangani masalah kekurangan prasarana, memajukan pengindustrian, mencipta peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup rakyat," kata beliau.

Video

Berita Berkaitan