欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Li Qiang Hadir Mesyuarat SCO di Kyrgyzstan

(CRI)Rabu 25 Oktober 2023

Perdana Menteri China, Li Qiang telah tiba di Bishkek, ibu negara Kyrgyzstan untuk menghadiri mesyuarat ke-22 Majlis Pemimpin Kerajaan (Perdana Menteri) Negara Anggota Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) di samping mengadakan lawatan rasmi di negara itu.

Dalam pertemuan dengan rakan sejawatnya di Kyrgyzstan, Sadyr Nurgozhoevich Japarov, Li berkata, lawatannya adalah untuk terus memupuk rasa saling percaya, memperincikan kerjasama, menyuburkan persahabatan dan mendorong keamanan.

"China bersedia bersama dengan Kyrgyzstan untuk melaksanakan kata sepakat yang dicapai pemimpin kedua-dua negara, terus memupuk rasa saling percaya dalam bidang politik dan strategi supaya dapat meneroka lebih banyak bidang baharu dalam kerjasama bilateral," kata Li.

"Selain itu, China juga berharap bersama dengan anggota SCO menyemarakkan 'semangat Shanghai' untuk membawa momentum baharu kepada keamanan, kestabilan dan pembangunan serantau," tambah beliau.

Japarov pula memberi penghargaan tinggi terhadap hubungan kedua-dua negara yang berkembang ke arah positif, dan menyatakan pihaknya bersedia bersama dengan China untuk meningkatkan pertukaran dalam pelbagai bidang, mempergiatkan pembinaan bersama dalam kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dan mendorong Perkongsian Strategik Komprehensif kedua-dua negara terus menuju ke tahap yang baharu yang dilihat kondusif bagi keamanan dan pembangunan rantau Asia Tengah.

Video

Berita Berkaitan