欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

PBB Pulihkan Mesyuarat Tergempar mengenai Konflik Palestin-Israel

(CRI)Jumaat 27 Oktober 2023

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) semalam memulihkan mesyuarat tergempar ke-10 melibatkan konflik Palestin-Israel. Pengundian keputusan terhadap draf resolusi yang dikemukakan Jordan akan diadakan dalam mesyuarakat tersebut hari ini.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi menyatakan bahawa tujuan draf resolusi Perhimpunan Agung dikemukakan Jordan bagi pihak negara-negara Arab selaras dengan manifesto PBB yang dikekalkan sejak sekian lama, iaitu merealisasikan keamanan dan mematuhi undang-undang antarabangsa. Beliau menyeru negara anggota PBB bersatu padu, komited mewujudkan keamanan serta keadilan dan menjamin hak hidup setiap kanak-kanak baik dari Palestin mahupun Israel untuk menjauhi peperangan serta ketakutan.

Majlis Keselamatan PBB (UNSC) memikul tanggungjawab utama untuk melindungi keamanan dan keselamatan antarabangsa. Namun sebanyak empat draf resolusi melibatkan konflik Palestin-Israel sudah digugurkan satu demi satu dalam UNSC sejak minggu yang lalu. Maka, Mesyuarat kali ini disambungkan semula atas permintaan Jordan, negara pengerusi Kumpulan Arab dan Mauritania, negara pengerusi Pertubuhan Kerjasama Islam(OIC).

Video

Berita Berkaitan