欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Pelajar Myanmar Tambah Ilmu Aeroangkasa

(CRI)Khamis 02 November 2023

Pelajar sekolah menengah dari Myanmar diberi peluang untuk mengikuti perkembangan China dalam bidang penerokaan angkasa lepas menerusi satu sesi interaksi secara dalam talian.

Aktiviti itu dianjurkan Pusat Penerbitan Program Bahasa-Bahasa Asia dan Afrika Kumpulan Media China (CMG), Kementerian Pendidikan Myanmar, Radio dan Televisyen Myanmar (MRTV) serta Muzium Sains dan Teknologi China, mutakhir ini.

Selain melakukan 'lawatan maya' ke atas Muzium Sains dan Teknologi China, para pelajar juga mengambil bahagian dalam sesi soal jawab bersama pakar yang dijemput.

Seorang pelajar dari sekolah menengah di Latha, Yangon, Ma Kyi Shin Lae Khine meluahkan rasa gembira dan bangga selepas mendapat peluang untuk bersemuka dengan pakar China menerusi pautan video.

"Saya telah menambah ilmu pengetahuan berkaitan dengan aeroangkasa menerusi sesi interaksi itu, selain mengambil tahu tentang pencapaian China dalam bidang berkenaan.

"Pelajar Myanmar juga berkongsi cerita dan pengalaman mereka ketika menuntut di China. Ia secara tidak langsung meningkatkan motivasi kami mengejar impian sehingga tergapai," katanya.

Video

Berita Berkaitan