欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Jabatan Pertanian AS Hantar Delegasi Sertai CIIE

(CRI)Isnin 06 November 2023

Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (AS) buat julung kalinya menghantar delegasi untuk menyertai Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE), kata Keduatan Besar AS di China.

Pavilion makanan dan pertanian AS dalam CIIE edisi keenam disertai 17 pempamer, memfokuskan kepada pameran produk pertanian, serta sains dan teknologi pertanian dari California, Idaho dan Georgia.

Selain itu, sesi pemeteraian kontrak pembelian dan kerjasama pertanian juga akan diadakan di pavilion tersebut.

Selain AS, beberapa negara dan kawasan termasuk Thailand, Serbia, dan Kazakhstan juga akan menghantar delegasi berskop besar untuk menyertai CIIE kali ini.

Ekspo kali ini dijangka akan menyaksikan kehadiran peserta dari 154 buah negara dan wilayah serta pertubuhan antarabangsa.

Lebih 3,400 pempamer telah berdaftar untuk menyertai ekspo itu dan angka ini membaharui rekod.

Video

Berita Berkaitan