欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

CHTF 2023 Buka Tirai, Skop Pecah Rekod

(CRI)Rabu 15 November 2023

Ekspo Teknologi Tinggi China (CHTF) edisi ke-25 membuka tirainya di Shenzhen, hari ini.

Para peserta akan berhimpun di bandar zon ekonomi khas di selatan China, untuk membincangkan trend perkembangan inovasi sains dan teknologi dan bersinergi untuk mempraktikkan strategi pembangunan dipacu inovasi.

Bertemakan "Rangsang Daya Inovasi, Naik Taraf Kualiti Pembangunan", ekspo selama lima hari kali ini memperbaharui rekod dari segi keluasan pameran dan jumlah penyertaan negara dan wilayah.

Kawasan pameran kali ini mencatat 500,000 meter persegi dan terbahagi kepada dua ruang pameran. Di samping itu, sebanyak 105 buah negara dan wilayah dari seluruh dunia menyertai ekspo kali ini, antaranya 76 negara dan wilayah yang terlibat dalam Inisiatif Jalur & Laluan (BRI).

Sementara itu, sebanyak 19 zon didirikan untuk mempamerkan hasil inovasi sains dan teknologi peringkat kebangsaan dan antarabangsa, teknologi canggih khas, tenaga bersih, bahan baharu dan lain-lain.

Menurut pihak penganjur, sebanyak 4,295 pempamer akan membawa hasil teknologi dan produk terkini mereka untuk dipamerkan, antaranya 681 teknologi dan produk akan membuat debut.

Video

Berita Berkaitan