欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

IMF Naikkan Unjuran terhadap Pertumbuhan Ekonomi China

(CRI)Khamis 16 November 2023

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) baru-baru ini menaikkan unjurannya terhadap pertumbuhan ekonomi China bagi tahun ini dan tahun depan.

Timbalan Pengarah Urusan Pertama IMF, Gita Gopinath memaklumkan, pihaknya menaikkan unjuran terhadap kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) China bagi 2023 kepada 5.4% daripada 5% yang dibuat pada masa dahulu, memandangkan pertumbuhan ekonomi China pada suku ketiga lebih kuat daripada yang dijangka sebelum ini beserta beberapa langkah yang diambil kerajaan China kebelakangan ini. Beliau menambah, ekonomi China berkemungkinan mencapai matlamat yang dijangkakan pada tahun ini yang menunjukkan pemulihan kuat dalam tempoh pasca COVID-19.

Antara siri langkah yang diambil China termasuk sokongan kerajaan terhadap pasaran hartanah, dan bon kerajaan bernilai RMB1 trilion (RM644 bilion) yang disiarkan pada Oktober untuk menyokong pemulihan dan pembangunan semula pasca bencana serta memperkasakan kemampuan mencegah dan mengurangkan bencana.

Sementara itu, Gopinath menyifatkan inflasi China berada pada paras yang rasional, dan deflasi tidak akan berlaku.

Video

Berita Berkaitan