欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Presiden Xi Jinping,Sultan Brunei Bertemu di San Francisco

(CRI)Jumaat 17 November 2023

Presiden China, Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan Sultan Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah di San Francisco, Amerika Syarikat (AS) pada petang 16 November waktu tempatan.

Xi berkata, hubungan persahabatan China-Brunei mempunyai sejarah yang lama. Kedua-dua negara merupakan jiran baik dan rakan yang saling menyokong dan boleh dipercayai antara satu sama lain. Sejak terjalinnya hubungan diplomatik pada lebih 30 tahun yang lalu, kedua-dua pihak berturut-turut memupuk rasa saling percaya dalam bidang politik, giat meningkatkan penyelarasan dalam pelaksanaan strategi pembangunan masing-masing dan mencapai hasil yang melimpah dalam kerjasama pelbagai bidang.

"Kedua-dua negara mengekalkan koordinasi baik dalam menangani urusan antarabangsa dan serantau, dan boleh diteladani negara lain baik yang besar mahun yang kecil dari segi kesamarataan dan kerjasama yang saling menguntungkan. Ini juga menyumbang kepada kedamaian, kestabilan, kemakmuran dan pembangunan serantau.

"Tahun ini merupakan ulang tahun kelima Perkongsian Strategik China-Brunei. China bersedia bersama Brunei untuk menggalakkan hubungan dua hala terus berkembang maju, dan mendorong pembinaan bersama yang bermutu tinggi di bawah Inisiatif Jalur & Laluan (BRI) demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara, " kata Xi.

Video

Berita Berkaitan