欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Filipina Mahu Promosi Peniaga Kecil Menerusi TikTok

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 21 November 2023
Filipina Mahu Promosi Peniaga Kecil Menerusi TikTok
Seorang peniaga mempromosikan produk melalui penstriman langsung di TikTok pada 8 September 2023 di Indonesia. (Foto oleh Agung Supriyanto/Xinhua)

Presiden Filipina, Ferdinand Romualdez Marcos telah meminta platform video popular, TikTok bekerjasama dalam mempromosikan produk dan usahawan berskala kecil di Filipina.

Demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Komunikasi Presiden (PCO), pada Sabtu.

Menurut PCO, Marcos mahu memanfaatkan TikTok yang mempunyai 50 juta pengguna di negara Asia Tenggara itu untuk tujuan "edutainment," iaitu mencampurkan pendidikan dan hiburan bagi melatih usahawan Filipina khususnya yang berada di kawasan luar bandar mempromosikan produk mereka.

Ketika berada di luar sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di San Francisco, Marcos turut mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif TikTok, Shou Zi Chew.

“Apa yang kami mahu lakukan ialah menonjolkan produk tempatan, terutamanya daripada (penjual) yang lebih kecil," PCO memetik ucapan Chew kepada Marcos.

Jelas Chew, TikTok mempunyai perkongsian serupa dengan Vietnam, Indonesia dan Malaysia, sekali gus memberikan platform kepada peruncit untuk menjual dalam negara dan mengeksport ke seluruh dunia.

Video

Berita Berkaitan