欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

China Anjur Ekspo Rantaian Bekalan Minggu Depan

(CRI)Rabu 22 November 2023

Ekspo Rantaian Bekalan Antarabangsa China (CISCE) edisi pertama dijadual berlangsung di Beijing bermula 28 November hingga 2 Disember.

Bertemakan 'Connecting the World for a Shared Future', CISCE merupakan pameran peringkat negara pertama di dunia yang memfokuskan aspek rantaian bekalan.

Naib Pengerusi Majlis Penggalakan Perdagangan Antarabangsa China (CCPIT) Zhang Shaogang berkata ekspo kali ini meliputi kawasan seluas 100,000 meter persegi dan pelbagai kerja persiapan sudah selesai.

“Terdapat lima zon pameran disediakan membabitkan rantaian kereta pintar, pertanian hijau, tenaga bersih, teknologi digital dan kehidupan sihat.

"Sebanyak 515 perusahaan dari dalam dan luar negara akan tampil mempamerkan teknologi, produk dan perkhidmatan baharu masing-masing.

"Ramai pempamer telah pun membuat tempahan untuk CISCE edisi seterusnya,” ujar beliau.

CISCE juga akan menyaksikan penyertaan lebih 1,000 wakil badan kerajaan, sektor perniagaan dan organisasi antarabangsa serta pakar dan sarjana.

Antaranya jumlah pempamer dari Amerika Syarikat (AS) melepasi jangkaan dengan menyumbang 20 peratus kepada keseluruhan peserta asing.

Ketua Jabatan Pengurusan Pameran CCPIT, Wu Shengrong berkata kadar penyertaan perusahaan asing yang tinggi mencerminkan keantarabangsaan CISCE.

"Antara pempamer ekspo kali ini, 26 peratus daripadanya merupakan pempamer asing termasuk syarikat Fortune Global 500 dan syarikat peneraju dalam sektor berkaitan.

"Afrika Selatan, Kanada, Jepun, Vietnam, negara Kesatuan Afrika, negara berbahasa Portugis, negara Amerika Latin dan Caribbean juga akan mengambil bahagian dalam pameran berkenaan.

"CISCE akan menyediakan platform bertaraf antarabangsa untuk membolehkan pempamer tempatan dan asing membincangkan urus niaga dan menjalin kerjasama yang saling menguntungkan," tambah Wu.

Video

Berita Berkaitan