欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Usaha Global Tangani Perubahan Iklim Masih Tidak Memadai: MFA

(CRI)Khamis 30 November 2023

Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai jurang pelepasan karbon mengingatkan lagi bahawa usaha global dalam menangani perubahan iklim masih jauh daripada mencukupi.

Demikian kata jurucakap Kementerian Luar (MFA) China Wang Wenbin susulan Program Alam Sekitar PBB (UNEP) menyiarkan laporan yang menyebut matlamat pengurangan pelepasan bagi 2023 masih belum dicapai.

Menurut laporan itu, dunia mesti mengambil tindakan yang lebih tegas daripada komitmen dibuat dalam Perjanjian Paris ataupun berdepan pemanasan global 2.5 hingga 2.9 darjah Celsius menjelang 2030.

Sehubungan itu, Wang berkata China giat menyumbang kepada tadbir urus iklim global.

China menyelesaikan sasaran tindakan iklim 2020 lebih awal daripada yang dijadualkan, dan akan mencapai kadar pengurangan tertinggi intensiti pelepasan karbon di dunia serta merealisasikan neutral karbon dalam masa paling singkat.

"Dasar dan objektif iklim yang diterima pakai China konsisten dengan sasaran suhu jangka panjang ditetapkan Perjanjian Paris," kata Wang dalam sidang media di Beijing pada Rabu.

Beliau menambah, negara maju harus melipatgandakan usaha untuk mengurangkan pelepasan dan mencapai pelepasan karbon sifar bersih lebih awal daripada 2050.

"Mereka perlu memenuhi kewajipan menyediakan modal, teknologi dan pembinaan keupayaan kepada negara membangun bagi memastikan sasaran suhu Perjanjian Paris tercapai," kata jurucakap itu.

Video

Berita Berkaitan