欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Sedia Bersama Gerakkan Pemulihan Rundingan FTA China-Jepun-Korea Selatan: MOFCOM

(CRI)Jumaat 01 Disember 2023

China bersedia bekerjasama dengan Jepun dan Korea Selatan untuk menggalakkan penyambungan semula rundingan perjanjian perdagangan bebas (FTA) tiga negara, sekali gus menyumbang kepada pemulihan mantap ekonomi serantau dan global.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Perdagangan (MOFCOM) Shu Jueting dalam sidang media di Beijing pada Khamis.

Semasa mesyuarat menteri luar China-Jepun-Korea Selatan di Busan mutakhir ini, Menteri Luar China Wang Yi berkata tiga negara harus menjunjung prinsip saling menguntungkan dan menyambung semula rundingan FTA secepat mungkin.

Sehubungan itu, Shu berkata China, Jepun dan Korea Selatan mempunyai sektor perindustrian yang saling bergantung serta ekonomi yang saling melengkapi.

"Selepas FTA itu dimuktamadkan, ia akan memperluas lagi keterbukaan pasaran antara tiga negara, di samping mengurangkan halangan perdagangan, meningkatkan aktiviti pelaburan dan mengoptimumkan persekitaran perniagaan.

"Penguatkuasaan perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) telah mewujudkan syarat positif untuk pemulihan rundingan FTA berkenaan," kata beliau.

Video

Berita Berkaitan