欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Percepat Pembinaan Shanghai Sebagai Metropolis Antarabangsa - Kata Xi

(CRI)Isnin 04 Disember 2023

Presiden China Xi Jinping mahu Shanghai mempercepat pembinaan bandar itu sebagai metropolis antarabangsa yang moden, dengan memfokuskan kepada pembinaannya sebagai pusat ekonomi, kewangan, perdagangan, perkapalan, serta inovasi sains dan teknologi di peringkat global.

Beliau membuat penekanan tersebut ketika mengadakan tinjauan ke Shanghai mutakhir ini.

Xi mahu Shanghai memperkasakan pembinaan bandar itu menjadi metropolis yang berpengaruh di arena antarabangsa, di samping memainkan peranan sebagai peneraju dan teladan dalam pembinaan modenisasi ala China.

Beliau menegaskan, pembinaan "lima pusat" tersebut adalah misi penting bagi Shanghai. Oleh itu, Shanghai dikehendaki berpegang teguh pada misi tersebut, menyelaraskan kerja dalam pelbagai sektor dalam pembangunan sosioekonomi, membuat perancangan dan melaksanakannya secara kolaboratif, dan meningkatkan daya saing teras bandar itu.

Pada masa sama, menurut Xi, Shanghai perlu terus meningkatkan kedudukannya sebagai pusat ekonomi antarabangsa dan pengaruhnya dalam tadbir urus ekonomi global, meningkatkan penyelidikan dalam teknologi kunci, mendorong transformasi dan penaiktarafan industri tradisional, mempercepat pembinaan kluster industri bertaraf dunia serta sistem industri moden.

Beliau menekankan bahawa Shanghai perlu memperkasakan pembinaan institusi kewangan moden dan prasarana kewangan, melaksanakan keterbukaan kewangan bertaraf tinggi, supaya berkhidmat dengan lebih baik kepada ekonomi sebenar, inovasi sains dan teknologi serta pembinaan Jalur dan Laluan.

Selain itu, Shanghai dikehendaki memperkasakan strategi kenaikan zon rintis perdagangan bebas, mendorong penaitarafan pusat perdagangan antarabangsa, memajukan sektor-sektor yang lemah seperti perkhidmatan perkapalan peringkat tinggi, dan meningkatkan keupayaannya dalam agihan sumber perkapalan sejagat.

Xi juga menegaskan pentingnya pemupukan tenaga profesional bertaraf tinggi dan iklim inovasi yang baik, di samping mahu Shanghai meningkatkan tindakan koordinasi di Delta Sungai Yangtze untuk menjadikan kawasan itu sebagai teladan dalam pembangunan seluruh negara.

Video

Berita Berkaitan