欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Xi Ucap Tahniah Persidangan 'Understanding China'

(CRI)Ahad 03 Disember 2023

Presiden Xi Jinping mengutus surat tahniah sempena berlangsungnya persidangan 'Understanding China' 2023 di Guangzhou.

Xi berkata pemahaman terhadap modenisasi ala China merupakan kunci utama bagi memahami negara Tembok Besar.

China giat memacu pembinaan negara kuat dan kebangkitan bangsa menerusi pemodenan, di samping menggerakkan pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan, kata beliau sambil menambah bahawa masa depan China berkait rapat dengan masa depan seluruh umat manusia.

Menurut beliau, China berusaha mewujudkan pembangunan berkualiti melalui keterbukaan pada tahap tinggi, selain terus memupuk persekitaran perniagaan yang berorientasikan pasaran, berlandaskan undang-undang dan bersifat antarabangsa.

China komited untuk meluaskan penumpuan kepentingan dengan negara lain, dan terus menyediakan momentum dan peluang baharu kepada dunia melalui pembangunan sendiri.

Xi turut menzahirkan hasrat China untuk bekerjasama dengan dunia ke arah merealisasikan pemodenan global yang menampilkan pembangunan aman, kerjasama saling untung dan kemakmuran bersama.

Beliau berharap agar peserta persidangan itu dapat menyumbang kepada pertukaran dan kerjasama antara China dengan dunia, pembangunan dan kemakmuran bersama serta pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Persidangan berkenaan membuka tirai di Guangzhou, selatan China pada Sabtu dengan tema 'China's New Endeavors amid Unprecedented Global Changes -- Expanding the Convergence of Interests and Building A Community of Shared Future'.

Video