欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Shenzhen: Pusat Fesyen, Gaya yang Makin Berkembang

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 04 Disember 2023

Shenzhen, bandar utama termuda di China, sering dikaitkan dengan elemen teknologi, inovasi dan kepantasan.

Namun, budaya fesyen yang bertenaga dilihat terus mekar dan bercantum dengan ciri-ciri pembangunan serta watak budaya bandar, membentuk gaya yang unik. Ayuh kita terokai pesona tersendiri bandar ini.

"Jenama Shenzhen" dan "Reka Bentuk Shenzhen" sedang berkembang seiring dengan pembangunan bandar.

Industri jam tangan ialah komponen penting dalam sektor fesyen moden Shenzhen. Bandar ini adalah tapak kepada 1,500 syarikat jam tangan, menjana nilai keluaran tahunan sebanyak RMB68 bilion. Pengeluaran jam tangan Shenzhen membentuk 53 peratus daripada jumlah keseluruhan China dan 42 peratus daripada keluaran global. Time Valley, pusat industri jam tangan di Shenzhen dan China, menempatkan enam daripada sepuluh syarikat jam tangan terbaik China.

Selain jam tangan dan jam dinding, perhiasan emas merupakan satu lagi ciri industri fesyen Shenzhen.

Kluster Industri Barang Kemas Shuibei, hab perhiasan emas terbesar dan tercanggih di negara ini dengan rangkaian perindustrian paling komprehensif, mempunyai pendapatan operasi tahunan melebihi RMB100 bilion. Angka tersebut mencakupi sekitar 50 peratus daripada bahagian pasaran domestik dalam barang kemas emas borong.

Di Shenzen, jalan-jalan di sekitar umpama pameran fesyen. Sama ada berpakaian kemas atau berpakaian ringkas, di bandar yang inklusif dan berwarna-warni ini, "menjadi diri sendiri" ialah kenyataan fesyen yang paling tepat.

Video

Berita Berkaitan