欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Wang Yi Bentangkan Lagi Pendirian China Berhubung Situasi di Gaza

(CRI)Isnin 15 Januari 2024

Berhubung situasi semasa di Genting Gaza, China menegaskan lagi bahawa tugasan yang paling penting buat masa sekarang adalah mewujudkan gencatan senjata secepat mungkin, yang paling mendesak adalah menggalas tanggungjawab memastikan kelancaran dalam pemberian bantuan kemanusiaan, hasrat rakyat Palestin dihormati dalam tadbir urus Gaza pada masa depan, dan pelan "dua negara" dijadikan pendekatan bagi penyelesaian isu Palestin secara adil.

Demikian dinyatakan Menteri Luar China, Wang Yi dalam sidang media bersama dengan rakan sejawatnya dari Mesir, Sameh Shoukry di Kaherah semalam.

Dimaklumkan, China akan membekalkan bantuan kecemasan kemanusiaan kepada rakyat Gaza untuk fasa ketiga. Sementara itu, China menyesyorkan persidangan damai antarabangsa yang lebih besar, berwibawa dan berkesan diadakan bagi menyusun dan melaksanakan jadual konkrit dan peta garisan bagi penyelesaian "dua negara", dan menyokong Palestin dengan Israel memulihkan rundingan damai dengan secepat mungkin demi mewujudkan kedamaian antara kedua-dua negara serta hidup harmoni antara bangsa Arab dengan Yahudi.

Video

Berita Berkaitan