欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Serang terhadap Orang Awam di Donetsk Tidak Boleh Diterima, Kata Guterres

(CRI)Isnin 22 Januari 2024

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres mengutuk keras segala serangan yang menyasarkan orang awam dan infrastruktur awam, termasuk serangan yang berlaku di Donetsk, pada 21 Januari.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Setiausaha Agung PBB semasa memberikan komen mengenai serangan yang menyebabkan kematian dan kecederaan orang awam di Donetsk.

Menurut Setiausaha Agung PBB, serangan terhadap orang awam dan infrastruktur awam melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa, dan tindakan seumpama adalah tidak boleh diterima dan mesti dihentikan serta merta.

Pegawai Donetsk menyatakan bahawa tentera Ukraine melancarkan beberapa bom roket dan sebuah pesawat tanpa pemandu ke arah bandar Donetsk pada 21 Januari, menyebabkan kematian dan kecederaan rakyat biasa.

Kementerian Luar Rusia mengutuk keras serangan tersebut, manakala pihak Ukraine masih belum memberikan respons sewajarnya.

Video

Berita Berkaitan