欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Perlu Elak Berulangnya Insiden Keselamatan: Xi

(CRI)Khamis 25 Januari 2024

Presiden China Xi Jinping menggesa supaya usaha dilakukan untuk mengelak berulangnya insiden keselamatan dan melindungi nyawa dan harta rakyat serta kestabilan masyarakat.

Gesaan itu dibuat berikutan kebakaran berlaku pada petang Rabu membabitkan ruang bawah tanah sebuah kedai jalanan di bandar Xinyu di provinsi Jiangxi, menyebabkan 39 maut, sembilan cedera manakala beberapa lagi masih terperangkap.

Xi menekankan perlunya segala keupayaan diambil untuk menyelamat dan merawat mereka yang cedera, dan membantu waris keluarga yang kehilangan orang tersayang.

Beliau turut menggesa supaya siasatan lanjut dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar serta pihak yang bertanggungjawab berhubung kemalangan itu.

Langkah pencegahan perlu terus diperkasa di serata negara, dan sebarang bentuk risiko dan bahaya perlu dihapuskan secara tuntas demi keselamatan masyarakat, tambah beliau.

Video

Berita Berkaitan