欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

MFA Anjur Resepsi Tahun Baharu 2024

(CRI)Khamis 01 Februari 2024

China bersedia bersinergi dengan pelbagai negara untuk membina asas kedamaian dan keselamatan, mengumpul tenaga kerjasama munibah, menempuh jalan multilateralisme dan membina masa depan yang maju dan makmur.

Demikian dinyatakan Menteri Luar China Wang Yi dalam resepsi tahun baharu 2024 anjuran Kementerian Luar (MFA) yang berlangsung di Beijing pada Rabu.

Wang berkata, China menjadikan pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan sebagai matlamat luhur diplomasi bercirikan China pada era baharu.

Kata beliau, China mengeyorkan multipolarisasi dunia yang sama rata dan teratur, berpepang pada prinsip berunding bersama, membangun bersama dan berkongsi ke arah mewujudkan sistem tadbir urus global yang adil dan munasabah.

Wang juga menzahirkan kesediaan China untuk bersinergi dengan pelbagai pihak melaksanakan lapan tindakan bagi menggerakkan pembangunan bersama Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) secara berkualiti tinggi, mendorong pelaksanaan Inisiatif Pembangunan Global (GDI), menggalakkan globalisasi ekonomi yang inklusif dan menguntungkan semua, di samping menentang fahaman perlindungan dan antiglobalisasi serta amalan menggeneralisasikan konsep keselamatan.

China juga komited bersama-sama menjamin kestabilan dan kelancaran rantaian perindustrian dan bekalan global dan menyediakan lebih banyak kemudahan untuk pertukaran personel sesama negara.

Video

Berita Berkaitan