欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Xi Ucap Selamat Sambut TBC pada Majlis Resepsi

(CRI)Sabtu 10 Februari 2024

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Presiden China dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat, Xi Jinping mewakili PKC dan Dewan Negara mengucapkan selamat menyambut Tahun Baharu Cina (TBC) kepada rakyat pelbagai etnik di China dan saudara setanah air di Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, Wilayah Pentadbiran Khas Macao dan Taiwan serta masyarakat Cina di seberang laut.

Perutusan berkenaan disampaikan Presiden Xi pada Majlis Resepsi TBC 2024 di Dewan Besar Rakyat, Beijing pagi 8 Februairi.

Xi menegaskan, ketika meninjau kembali perjuangan sepanjang tahun lalu, kita boleh menyedari bahawa memperkasa agenda pembangunan tanah air dan kebangkitan nusa dan bangsa dengan menyeluruh melalui modenisasi ala China merupakan pilihan tepat bagi rakyat China mengejar kehidupan yang bahagia dan juga pendekatan yang adil untuk menggalakkan kedamaian dan pembangunan dunia. Asal sahaja konsisten merintis jalan yang kita pilih ini, kita pasti boleh mengatasi pelbagai onak duri dan beransur-ansur mendekati kejayaan.

Xi turut menyatakan bahawa tahun 2024 yang merupakan ulang tahun ke-75 Republik Rakyat China, membawa makna besar bagi memperjuangkan pelbagai matlamat yang terkandung dalam Rancangan Lima Tahun Pembangunan Sosioekonomi Kebangsaan ke-14. Kita perlu membuat gerak kerja dengan konsisten dan mapan, sambil menjana momentum perkembangan. Konsep pembangunan baharu perlu dilaksanakan dengan menyeluruh di samping menyelaraskan hubungan antara pembangunan berkualiti dengan jaminan keselamatan. Diharap memperkukuh dan memperhebat trend pemulihan ekonomi yang baik, terus meningkatkan kesejahteraan dan memelihara keharmonian dan kestabilan masyarakat.

Xi menekankan perlunya memperincikan pembaharuan dengan menyeluruh, menyuntik momentum kuat kepada usaha untuk menggerakkan modenisasi ala China.

Xi juga menzahirkan harapan agar rakyat seluruh negara bersemangat gigih pada tahun Naga, dan bergotong-royong membuka lembaran baharu dalam pembangunan modenisasi ala China.

Video

Berita Berkaitan