欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Wang Yi Bertemu Blinken

(CRI)Ahad 18 Februari 2024

Menteri Luar China Wang Yi mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken sempena berlangsungnya Persidangan Keselamatan Munich (MSC) ke-60 pada Jumaat.

Wang berkata usaha paling penting buat kedua-dua pihak adalah merealisasikan 'wawasan San Francisco' berdasarkan bimbingan strategik ketua negara dan mendorong perkembangan hubungan bilateral mengikut landasan yang sihat, stabil dan berterusan.

Kedua-dua pihak hendaklah berpegang pada prinsip saling menghormati, hidup bersama secara damai dan bekerjasama demi situasi menang-menang, dan aktif meneroka cara pergaulan yang tepat.

AS perlu memandang pembangunan China secara objektif dan rasional dan mengamalkan dasar yang positif dan pragmatik terhadap China.

Wang menggesa AS menunaikan janji tidak menyokong 'kemerdekaan Taiwan', di samping menuntut negara itu membatalkan sekatan sepihak yang haram ke atas perusahaan dan individu China.

AS juga digesa menghentikan gangguan dan soal siasat yang tidak berasas terhadap warga China dan memperbanyakkan usaha yang bermanfaat bagi menggalakkan persefahaman sesama rakyat.

Video

Berita Berkaitan