欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

China Sedia Mainkan Peranan Membina untuk Tamatkan Peperangan di Ukraine

(CRI)Isnin 19 Februari 2024

Menteri luar China Wang Yi ketika mengulangi pendirian negara ini dalam isu Ukraine berkata, China berpegang teguh pada penyelesaian isu hangat melalui cara politik dan mendorong rundingan damai, tidak menjual senjata pemusnah kepada pihak-pihak yang terlibat dalam konflik.

China akan terus memainkan peranan membina untuk menghentikan peperangan dan mewujudkan semula kedamaian.

Beliau berkata demikian ketika bertemu dengan rakan sejawatnya dari Ukraine, Dmytro Kuleba sempena Persidangan Keselamatan Munich (MSC) di bandar selatan Jerman itu pada Sabtu.

Wang Yi berkata, China dan Ukraine adalah rakan kongsi strategik, manakala rakyat kedua-dua negara mempunyai hubungan persahabatan tradisional yang baik.

Beliau menegaskan walau situasi antarabangsa berubah, China tetap berharap hubungan kedua-dua negara ini berkembang maju dan membawa manfaat kepada rakyat.

Kuleba berkata, Ukraine bersedia mengekalkan hubungan persahabatan dengan China dan mendorong hubungan kedua-dua negara ke hadapan.

Beliau menyatakan Ukraine menghargai pendirian China untuk menyelesaikan krisis Ukraine melalui cara politik dan berharap China terus memainkan peranan membina dan istimewa untuk mewujudkan kedamaian.

Kuleba menambah bahawa Ukraine bersedia meningkatkan komunikasi dengan utusan khas China bagi hal ehwal Eurasia.

Video

Berita Berkaitan