欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Tolak Gencatan Senjata Bagaikan Beri Lampu Hijau Pembunuhan: Duta China

(CRI)Rabu 21 Februari 2024

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) melancarkan pengundian terhadap draf resolusi yang menuntut gencatan senjata kemanusiaan diwujudkan segera di Gaza, pada Selasa.

Bagaimanapun, resolusi dikemukakan Algeria yang mewakili negara Arab itu gagal diluluskan susulan Amerika Syarikat (AS) membuang undi veto.

Sehubungan dengan itu, Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Zhang Jun menzahirkan rasa kesal dan tidak puas hati terhadap tindakan AS memveto draf resolusi berkenaan.

Zhang berkata draf resolusi itu menuntut gencatan senjata dilakukan serta-merta di Gaza, semua tahanan dibebaskan segera, di samping menjamin akses bekalan kemanusiaan dan menentang pemindahan rakyat Palestin secara paksa.

Perkara itu sepatutnya mendapat sokongan daripada semua anggota UNSC kerana ia adalah keperluan mendesak dalam situasi semasa dan juga keperluan asas kemanusiaan.

Menurut duta China itu, dakwaan AS bahawa resolusi UNSC akan mengganggu usaha diplomasi adalah tidak berasas sama sekali.

Tindakan menolak gencatan senjata bagaikan memberi lampu hijau kepada kegiatan pembunuhan secara berterusan, kata beliau.

China turut menggesa supaya Israel mendengar suara masyarakat antarabangsa, membatalkan rancangan serangan terhadap bandar Rafah di selatan Gaza, dan menghentikan hukuman kolektif terhadap rakyat Palestin.

Video

Berita Berkaitan