欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Xi Ucapkan Tahniah Ulang Tahun Ke-60 Hubungan Diplomatik China-Republik Congo

(CRI)Khamis 22 Februari 2024

Presiden China Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Republik Congo Denis Sassou Nguesso saling menyampaikan perutusan tahniah sempena ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik kedua-dua negara, pada hari ini.

Xi berkata persahabatan antara kedua-dua negara ini mempunyai sejarah lama.

"Saya amat mementingkan hubungan dengan Republik Congo, dan bersedia bersama-sama Presiden Sassou Nguesso untuk meningkatkan perkongsian strategik komprehensif kedua-dua negara, dan berganding tangan untuk membina komuniti berkongsi nasib China-Afrika yang bertaraf tinggi," kata Xi.

Sassou Nguesso dalam perutusannya berkata, kedua-dua negara telah mengadakan kerjasama meluas berasaskan prinsip saling percaya dan saling untung, yang membuahkan hasil baik.

"Saya bersedia memperkukuh hubungan kerjasama dan persahabatan dengan China dan menyumbang kepada pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Afrika yang bertaraf tinggi," ujar beliau.

Video

Berita Berkaitan