欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

PM Malaysia Kritik 'China-phobia'

(CRI)Selasa 27 Februari 2024

Kenyataan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengkritik desas-desus 'China-phobia' yang wujud di Barat mencerminkan aspirasi negara-negara membangun untuk menegakkan pendirian bebas dan berkecuali dan mengejar pembangunan.

Demikian kata jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning sebagai respons terhadap laporan berhubung Perdana Menteri Malaysia dalam temu bual dengan Financial Times Britain baru-baru ini mengkritik desas-desus 'China-phobia' yang wujud di negara-negara Barat dan menekankan bahawa Malaysia menegakkan pendirian bebas dan berkecuali serta enggan "mencetuskan provokasi" terhadap China bagi kepentingan Amerika Syarikat.

Menurut Mao, pembangunan China memberi peluang kepada dunia dan tidak menjadi ancaman kepada sesiapa pun.  

“China berpegang kepada dasar luar yang damai dan bebas, menentang konfrontasi blok, dan tidak mengamalkan sikap berat sepihak.

“Kami (China) komited mengembangkan persahabatan dan kerjasama dengan semua negara berdasarkan lima prinsip wujud bersama secara damai, mengesyorkan multipolar dunia yang sama rata dan teratur serta globalisasi ekonomi yang inklusif dan universal, bagi mendorong pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan,” kata Mao.

Video

Berita Berkaitan