欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Pesawat Komersial Buatan China C919 Buat Penerbangan Demo di Asia Tenggara

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 27 Februari 2024

Pesawat C919 dan ARJ21 yang baru saja tampil di Singapore Airshow memulakan penerbangan demonstrasi di Asia Tenggara pada 27 Feb, maklum Commercial Aircraft Corporation of China (COMAC).

Pesawat C919 dan ARJ21 dijadualkan membuat penerbangan demonstrasi di Vietnam, Laos, Kemboja, Malaysia dan Indonesia dalam dua minggu akan datang. Hal ini adalah untuk menilai kesesuaian pesawat tersebut dengan lapangan terbang kelima-lima negara itu serta laluan penerbangan berkenaan.

Difahamkan bahawa pesawat C919 dengan 158 hingga 192 tempat duduk dan jarak penerbangan 4,075 sehingga 5,555 kilometer telah menyempurnakan penerbangan komersial julung pada 28 Mei 2023. Setakat ini, sebanyak empat pesawat C919 telah diserahkan kepada China Eastern Airlines yang mengendalikan lebih 130,000 penumpang.

Pesawat ARJ21 pula mempunyai 78 hingga 97 tempat duduk dengan jarak penerbangan 2,225 hingga 3,700 kilometer. Sebanyak 127 pesawat telah diserahkan untuk operasi sejak Jun 2016, mengendalikan lebih 1.1 juta penumpang. Antaranya, dua berkhidmat untuk TransNusa Indonesia dan sudah membawa lebih 100,000 penumpang.

Video

Berita Berkaitan