欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Buku Petikan Wacana Xi mengenai Hak Asasi Dilancar di Paris

(CRI)Sabtu 02 Mac 2024

Majlis pelancaran buku 'Petikan Wacana Xi Jinping mengenai Penghormatan dan Perlindungan Hak Asasi Manusia' versi bahasa Perancis-Cina berlangsung di Paris pada Khamis.

Acara itu dianjurkan serentak dengan seminar 'Kebijaksanaan China mengenai Tadbir Urus Hak Asasi Manusia Global'.

Kuasa Usaha Sementara Kedutaan China di Perancis, Chen Dong dalam ucapannya berkata buku itu menghimpunkan wacana dan huraian Presiden Xi tentang hak asasi manusia, memperlihatkan konsep hak asasi berpusatkan rakyat yang diamalkan China serta tradisi mengutamakan rakyat yang dijunjung dalam budaya China.

Ia turut menghuraikan falsafah pentadbiran berpaksikan rakyat yang dipegang Parti Komunis China (PKC) serta saranan China berkaitan tadbir urus hak asasi global.

Pengarah Pusat Penyelidikan Eropah untuk Komuniti Berkongsi Nasib Sesama Insan, Jean-Christophe Bas pula berkata dunia sekarang menyaksikan konsep nilai beralih ke arah kepelbagaian. Wacana Presiden Xi justeru memperlihatkan semangat yang menegakkan kepelbagaian.

Dilaporkan, acara berkenaan dihadiri lebih 60 tokoh lingkungan politik, ekonomi dan budaya dari China dan Perancis.

Video

Berita Berkaitan