欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Guangxi Mahu Jadi Hab Dagang Antarabangsa

(foto/IC)

(foto/IC)

Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi akan terus meningkatkan keterbukaan terhadap pasaran dalam dan luar negeri, maklum pegawai kanan wilayah tersebut.

Guangxi juga akan membangunkan diri menjadi sebuah hab yang memudahkan untuk syarikat domestik dan antarabangsa berurus niaga.

Liu Ning, wakil Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-14 yang juga ketua delegasi Guangxi ke sidang tahunan NPC berkata bahawa wilayah berkenaan akan terus melakar pencapaian dalam usaha menggalakkan pembangunan berkualiti tinggi membabitkan kawasan sempadan yang mempunyai populasi etnik minoriti yang besar.

Guangxi akan terus dibangunkan mengikut haluan sosialisme bercirikan China pada era baharu ini, dan menulis babnya sendiri dalam perjuangan mengejar modenisasi negara.

Tambahnya lagi, wilayah itu akan membina satu Koridor Perdagangan Darat-Laut Antarabangsa Baharu yang berkualiti tinggi, dan memperkasakan ketersambungan prasarana pengangkutan rel, jalan raya dan jalan laut dengan negara-negara anggota ASEAN.

Guangxi akan terus memperkukuh kerjasama ekonomi dan perdagangan dengan ASEAN, sambil memacu pembangunan perdagangan rentas sempadan dan pembinaan pangkalan pengimportan dan penyimpanan bagi hasil sektor tenaga, perlombongan dan pertanian, kata Liu.

Pada 2023, perdagangan dua hala antara Guangxi dan ASEAN mencatat rekod tertinggi dengan jumlah 339.44 bilion yuan, menurut kerajaan tempatan.

Sementara itu, perdagangan antara Guangxi dan anggota Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) mencecah 390.5 bilion yuan, melonjak 23.7 peratus tahun ke tahun.

Ujar Liu, Guangxi akan menambah baik lagi iklim perniagaannya agar syarikat-syarikat dapat beroperasi di wilayah itu dengan lebih mudah, murah dan adil. Pelbagai mekanisme sokongan juga akan diperkenalkan untuk menjadikan Guangxi tempat yang sesuai untuk menanam modal dan selesa didiami.

Video

Berita Berkaitan