欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Wakil NPC Bincangkan Kaedah Gerakkan Kuasa Produktif Kualiti Baharu

(CRI)Rabu 06 Mac 2024

Seperti yang ditegaskan dalam Laporan Kerja Kerajaan China 2024 bahawa hendaklah giat menggerakkan pembinaan sistem perindustrian moden dan mempercepat pembangunan kuasa produktif kualiti baharu. Perkataan "kuasa produktif kualiti baharu" buat pertama kali tertulis dalam laporan kerja kerajaan. Para wakil yang menyertai persidangan kedua Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-14 telah mengadakan perbincangan dan turut menyumbang cadangan masing-masing mengenai topik itu.

Seorang wakil NPC, Han Jiecai berkata, inovasi sains dan teknologi merupakan pemangkin teras dalam membangunkan kuasa produktif kualiti baharu. Masalah kekurangan hasil yang dibuahkan dalam bidang sains dan teknologi canggih didapati menonjol dalam tinjauan yang dilakukan pihak terbabit ketika turun padang ke perusahaan atau institusi kerajaan daerah sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Menurut beliau, pelbagai universiti dikehendaki memainkan peranan penting dalam penyelidikan asas dan memperjuangkan lonjakan besar dalam bidang sains dan teknologi, yang dilihat boleh meletakkan dasar yang kukuh dan menyimpan tenaga bagi membina kuasa produktif kualiti baharu.

He Jianfeng yang juga wakil NPC, mencadangkan kerajaan menggubal siri dasar untuk menyokong syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mengembangkan industri baharu dan industri masa depan yang bersifat strategik.

Seorang lagi wakil NPC, Fan Yinlian pula mencadangkan agar pihak kerajaan menerajui kerjasama antara perusahaan intensif buruh dengan institusi pengajian sains dan syarikat pengeluaran robot yang bertujuan mewujudkan transformasi dan penaiktarafan industri.?

Video

Berita Berkaitan