欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Kerjasama Afrika-China Saling Menguntungkan: Presiden Sierra Leone

(CRI)Isnin 11 Mac 2024

Afrika dan China menjalin hubungan yang saling menguntungkan dengan sukarela, kata Presiden Sierra Leone Julius Maada Bio.

Beliau berkata sesetengah individu, pertubuhan dan negara mahu mendefinisikan hubungan antara Afrika dan China sebagai bertujuan untuk merampas.

"Sudah beberapa abad kami bergaul dengan institusi dari pelbagai negara, namun ia tidak membawa manfaat kepada kami."

"Sebaik kami menemui kawan baharu untuk memulakan kerjasama, pasti akan menarik perhatian."

"Segalanya yang kami lakukan adalah untuk pembangunan rakyat," kata Bio dalam temu bual bersama Kumpulan Media China (CMG) baru-baru ini.

Menurut beliau, kerjasama dengan China sejak sekian lama membantu Sierra Leone memahami diri sendiri dengan lebih mendalam.

Sierra Leone perlu mewujudkan kaedah kerjasama yang saling untung, bukan hanya meminta duit dan sumber daripada China. Ia juga satu-satunya kaedah bagi memastikan kerjasama antara kedua-dua pihak dapat berterusan.

Dalam pada itu, Sierra Leone berhasrat mengadakan pertukaran barangan dan perkhidmatan dengan China.

Tambah beliau, negara-negara Afrika mempunyai visi sama iaitu berganding bahu dengan negara lain di dunia demi membawa kehidupan baik kepada rakyat.

Video

Berita Berkaitan