欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Wakil China Kongsi Pengalaman Pembangunan Hak Asasi Manusia di UNHRC

(CRI)Khamis 14 Mac 2024

Sesi ke-55 Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) diadakan di Geneva pada 26 Feb hingga 4 April.

Sarjana dan pakar dari institut pengajian hak asasi manusia China berkongsi pengalaman negara ini dalam perkhidmatan dan jaminan kepada golongan orang kelainan upaya (OKU) dan jaminan hak privasi, dalam sesi yang diadakan mutakhir ini.

Naib Ketua Institut Pengajian Hak Asasi Manusia Universiti Guangzhou, yang juga anggota Majlis Pengelola Persatuan Penyelidikan Usaha OKU China, Zhou Lulu berkata, perkhidmatan dan jaminan terhadap golongan OKU China telah dilengkapi di sisi undang-undang dan dilaksanakan secara sistematik.

"China menggubal akta dan undang-undang serta mempraktikkannya dalam pendidikan, pengambilan pekerja dan pembinaan persekitaran yang mesra kepada golongan OKU," kata Zhou.

Profesor Guo Miao dari Universiti Sains Politik dan Undang-undang Barat Laut China berkongsi pengalaman China dalam perlindungan hak privasi pada zaman media sosial.

"China berusaha meningkatkan pengetahuan dan kesedaran awam terhadap perlindungan hak privasi melalui kempen kebajikan awam, disamping mewajibkan syarikat platform digital untuk melindungi privasi pengguna," kata Guo.

Video

Berita Berkaitan