欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

China Sanggah Tindakan Filipina Cabul Kedaulatan

(CRI)Jumaat 22 Mac 2024

China menyuarakan bantahan keras terhadap tindakan Filipina mencabul kedaulatan wilayah China, susulan 34 individu dari negara itu didapati mendarat secara haram di Terumbu Tiexian pada Khamis.

Jurucakap Pengawal Pantai China (CCG) Gan Yu berkata, individu berkenaan mengabaikan amaran pihak China dan mendarat di terumbu itu untuk melakukan kegiatan haram.

Penguatkuasa undang-undang CCG turut dikerah ke lokasi untuk menyiasat dan mengurus situasi di sisi undang-undang.

Beliau menegaskan, China memiliki hak kedaulatan yang tidak boleh dipertikaikan ke atas Kepulauan Nansha termasuk Terumbu Tiexian serta perairan sekitarnya.

Kelakuan Filipina melanggar Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DoC), dan menjejaskan keamanan dan kestabilan perairan berkenaan.

Pihak Filipina digesa menghentikan perbuatan seumpama serta-merta, kata beliau sambil menambah bahawa CCG akan meneruskan operasi penguatkuasaan undang-undang di perairan yang berada di bawah bidang kuasa China.

Video

Berita Berkaitan