欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

LMC Dorong Pembangunan Bersama Negara-negara Berkenaan - Tokoh Politik Myanmar

(CRI)Isnin 25 Mac 2024

Sempena ulang tahun kelapan Mekanisme Kerjasama Lancang-Mekong dan berlangsungnya "Minggu Lancang-Mekong" ketujuh, sejumlah ahli politik Myanmar dalam temu bual dengan wartawan Agensi Berita Xinhua baru-baru ini memberi penghargaan terhadap Kerjasama Lancang-Mekong(LMC) dalam usaha menggalakkan proses integrasi ekonomi serantau bagi memacu pembangunan bersama negara-negara di kawasan aliran sungai tersebut. Mereka percaya bahawa China berperanan penting dalam memastikan kelancaran LMC, dan menzahirkan harapan agar LMC akan memberi sumbangan yang lebih besar kepada keamanan dan pembangunan negara-negara berkenaan pada masa akan datang.

Timbalan Pengarah Bahagian Kerjasama Subrantau Kementerian Luar Myanmar, Ohnmar Khine berkata, mekanisme LMC memberi tumpuan kepada menggalakkan proses integrasi ekonomi serantau, mendorong persefahaman, perpaduan dan kerjasama antara pelbagai negara di kawasan aliran sungai itu demi pembangunan bersama, dan membawa makna penting bagi negara-negara terbabit untuk menolak mentaliti Perang Dingin.

Pengarah Jabatan Perancangan dan Statistik Kementerian Sains dan Teknologi Myanmar, U Kyaw Thet Oo pula menegaskan, China yang giat menyokong pembinaan infrastruktur, kemajuan teknologi dan perkembangan pendidikan di pelbagai negara di kawasan aliran Lancang-Mekong berperanan penting dalam memastikan kelancaran LMC, yang sememangnya telah membawa banyak faedah kepada rakyat tempatan, membantu perkembangan perusahaan tempatan, meningkatkan produktiviti berkaitan produk canggih, dan mewujudkan sejumlah besar peluang pekerjaan.

LMC yang dilancarkan secara rasmi pada 2016, merupakan mekanisme kerjasama subrantau jenis baharu yang dibentuk bersama oleh China dengan Kemboja, Laos, Myanmar, Thailand dan Vietnam berdasarkan prinsip berunding bersama, membangun bersama dan berkongsi. Myanmar yang mempunyai 106 buah projek yang terlaksana di bawah bantuan Dana Khas LMC kendalian China, merupakan antara yang terbanyak di kawasan aliran sungai Mekong, baik dari segi bilangan projek mahupun modal yang dipinjam. Ini mencerminkan pencapaian yang memerangsangkan dalam kerjasama China-Myanmar.

Video

Berita Berkaitan