欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Perdagangan Luar China Tunjuk Prestasi Memuaskan Dua Bulan Pertama 2024

Pejabat Penerangan Dewan Negara China mengadakan sidang media petang Selasa untuk memberikan maklumat terkini mengenai prestasi pengeluaran, penggunaan, import dan eksport serta polisi berkenaan.

Wang Lingjun, Timbalan Pengarah Kastam China berkata nilai import dan eksport dalam dua bulan pertama tahun ini adalah tertinggi berbanding tempoh sama pada tahun-tahun sebelum ini. Pengeksportan dan pengimportan masing-masing tumbuh 10.3% dan 6.7%.

Melihat dari segi struktur perdagangan luar, pasaran, tahap keterbukaan dan komposisi semakin dioptimumkan. Pasaran lama kekal berdaya tahan, pasaran baru pesat berkembang, sementara import dan eksport sembilan provinsi dan wilayah yang bersempadan dengan negara lain tumbuh 25.4%. Komposisi produk perdagangan luar juga semakin dioptimumkan dengan inovasi sebagai pemacu.

Dalam tempoh dua bulan sama, bilangan perusahaan yang terlibat dalam perdagangan import dan eksport bertambah 40,000. Keterbukaan terus diperkasakan menerusi dasar kerajaan, dengan import dan eksport Zon Perdagangan Bebas dan Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan mencapai pertumbuhan dua digit.

Aliran aktiviti rentas sempadan bertambah baik dibandingkan dengan hujung tahun lepas. Sebagai contoh, penerbangan rentas sempadan di bawah penyeliaan meningkat kira-kira 10%. Di samping itu, keyakinan perusahaan asing yang terlibat juga bertambah baik, menurut tinjauan Kastam China.

Video

Berita Berkaitan