欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

PMI Pembuatan China Meningkat ke 50.8%

(CRI)Ahad 31 Mac 2024

Indeks Pengurus Pembelian (PMI) pembuatan China meningkat ke 50.8% pada Mac, naik 1.7% berbanding Feb lalu.

Data berkenaan diumumkan Pusat Tinjauan Industri Perkhidmatan Biro Statistik Negara (NBS) dan Persekutuan Logistik dan Pembelian China (CFLP) pagi tadi.

Ahli Statistik Kanan NBS, Zhao Qinghe menyatakan seiring dengan pengeluaran yang semakin pulih selepas tempoh cuti Tahun Baharu Cina (TBC) pada Mac, pasaran turut menjadi semakin dinamik dan sektor pembuatan mula berkembang semula, terbukti dengan PMInya yang mencecah 50.8%.

Sementara itu, indeks pengeluaran dan permintaan naik serentak. Pada bulan Mac, indeks pengeluaran dan indeks tempahan baharu masing-masing mencatat 52.2% dan 53.0%, naik 2.4 dan 4.0 mata peratusan berbanding bulan sebelumnya.

Bagi bidang import dan eksport, indeks tempahan baharu pengeksportan dan pengimportan pula mencatat 51.3% dan 50.4%, meningkat 5.0 dan 4.0 mata peratusan berbanding bulan sebelumnya.

Selain itu, PMI pembuatan teknologi canggih, produk penggunaan dan pembuatan kelengkapan bagi bulan Mac masing-masing meningkat 3.1%, 1.8% dan 2.1% berbanding bulan yang lalu, dengan menokok 53.9%, 51.8% dan 51.6%, iaitu kesemuanya lebih tinggi dari paras purata industri pembuatan.

Video

Berita Berkaitan