欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

China Tegas Bantah Amalan Politik Berkumpulan

(CRI)Sabtu 13 April 2024

China tegas menentang politik berkumpulan diamalkan negara terbabit, serta sebarang perbuatan yang menghasut dan memburukkan lagi perselisihan dan menjejaskan keselamatan strategik dan kepentingan negara-negara lain.

Jurucakap Kementerian Luar Mao Ning berkata China juga menolak kelakuan membentuk 'kumpulan kecil' yang tertutup dan eksklusif di rantau ini.

Pemimpin Amerika Syarikat (AS), Jepun dan Filipina dilaporkan mengeluarkan Kenyataan Visi Bersama selepas mengadakan sidang kemuncak trilateral di Washington pada Khamis.

Ketiga-tiga negara menerusi dokumen berkenaan menggembar-gemburkan isu Laut China Selatan, melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap China dalam isu Laut China Timur dan membuat kenyataan tidak bertanggungjawab dalam isu Taiwan.

Sehubungan itu, Mao berkata Jepun dan Filipina boleh mengembangkan hubungan normal dengan negara lain, tetapi mereka tidak sepatutnya membawa masuk konfrontasi sesama blok ke rantau ini mahupun terlibat dalam kerjasama trilateral dengan mengorbankan kepentingan negara lain.

Video

Berita Berkaitan