欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Jumlah dan Kapasiti Unit Janakuasa Nuklear China dalam Pembinaan No.1 di Dunia

(CRI)Isnin 15 April 2024

Pada masa ini, China terus menduduki tempat pertama dalam ranking dunia berhubung jumlah dan kapasiti unit janakuasa nuklear yang masih berada dalam proses pembinaan.

Demikian ditunjukkan Kertas Biru Laporan Tenaga Nuklear China 2024 yang diterbitkan Persatuan Tenaga Nuklear China (CNEA) pada Isnin.

Menurut kertas biru itu, China telah mengesahkan 5 projek janakuasa nuklear dan memulakan operasi 5 unit janakuasa nuklear pada tahun lepas. Pada masa ini, China mempunyai sebanyak 26 unit janakuasa nuklear dalam pembinaan dengan kapasiti keseluruhannya mencapai 30.3 juta kilowatt.

Sementara itu, China juga mengungguli senarai global pada aspek keselamatan operasi loji janakuasa nuklear, terbukti dengan 33 unit janakuasa nuklear miliknya yang memperolehi markah penuh dalam penilaian indeks bersepadu kendalian Persatuan Operator Nuklear Dunia (WANO) bagi tahun 2023. Selain itu, China lebih tinggi daripada pelbagai negara kuasa besar dalam bidang janakuasa nuklear seperti Amerika Syarikat dan Rusia berhubung peratusan markah penuh berkaitan unit janakuasa.

Video

Berita Berkaitan