欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Kru Shenzhou-18 Berjaya Masuk Stesen Angkasa

(CRI)Jumaat 26 April 2024

Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada jam 5.04 pagi Jumaat.

Kedatangan tiga angkasawan berkenaan turut disambut kru Shenzhou-17 yang sedang bertugas di stesen angkasa.

Dua kru itu akan melakukan pertukaran syif dan bertugas bersama selama kira-kira lima hari untuk menyelesaikan pelbagai kerja yang ditetapkan.

Semasa bertugas di stesen angkasa lepas, kru Shenzhou-18 dijadual melakukan aktiviti luar kenderaan (EVA) sebanyak beberapa kali dan menjalankan uji kaji serta pengaplikasian melibatkan fizik asas mikrograviti, sains bahan angkasa, sains hayat angkasa, perubatan angkasa dan teknologi angkasa.

Kapal angkasa Shenzhou-18 dilancarkan dengan roket pembawa Long March-2F dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan pada pukul 8.59 malam Khamis. Kira-kira 10 minit kemudian, kapal angkasa itu berjaya memasuki orbit yang disasarkan.

Ia juga merupakan misi penerbangan kali ke-518 bagi rekot pembawa Long March.

Video

Berita Berkaitan