欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Urus Niaga Penyelenggaraan Kapal Terbang Berjalan Lancar di Hainan

(CRI)Isnin 29 April 2024

Rombongan wartawan di bawah Program Kenali Hainan & Pameran Visual "China Up Close" Rakan Media ASEAN telah mengunjungi Pangkalan Penyelenggaraan Kapal Terbang yang bersifat "Satu Hentian Pelbagai Perkhidmatan" di Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan pada Sabtu lalu.

Di sini, kapal terbang yang dihantar pelanggan dari luar negara berpeluang menikmati pelbagai perkhidmatan melibatkan alat ganti, pengubahsuaian struktur atau interior, pemeriksaan dan semburan cat. Selain bebas daripada wang jaminan, para pelanggan juga mendapat diskaun ketika membeli alat ganti untuk penyelenggaraan kapal terbang berkat pelaksanaan dasar bebas cukai di Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan yang pembinaannya dipergiatkan ke arah yang semakin terbuka pada tahun-tahun kebelakangan ini.

Pangkalan yang mula beroperasi pada tahun 2022 tersebut mendapat sambutan baik dari syarikat penerbangan di merata dunia. Menurut statistik berkenaan bahawa di bawah kawalan Kastam China di Haikou, terdapat sebanyak 25 buah kapal terbang yang dihantar ke sini untuk menjalani penyelenggaraan pada 2023, dengan menyumbang pendapatan bernilai RMB12.39 bilion (RM8.16 bilion) yang lazimnya dikira sebagai sebahagian nilai import eksport tempatan.

Video

Berita Berkaitan