欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

"Classic Quotes by Xi Jinping" Disiarkan di Hungary

(CRI)Khamis 09 Mei 2024

Majlis pelancaran program "Classic Quotes by Xi Jinping" versi antarabangsa terbitan Kumpulan Media China (CMG), diadakan di Budapest pada Rabu, bersempena lawatan negara Presiden China Xi Jinping ke Hungary.

Bekas Presiden Hungary Pal Schmitt dan bekas Perdana Menteri Peter Medgyessy mengucapkan tahniah kepada penyiaran program tersebut.

Presiden CMG Shen Haixiong ketika berucap pada majlis pelancaran program itu menyatakan bahawa penyiaran "Classic Quotes by Xi Jinping" versi antarabangsa di Hungary dipercayai akan membuka tingkap pemikiran bagi rakyat Hungary untuk memahami kebijaksanaan tadbir urus oleh Presiden Xi Jinping dan mengetahui lebih lanjut tentang budaya dan falsafah China, di samping merasai daya tarikan istimewa tamadun China pada era baharu ini.

"Classic Quotes by Xi Jinping" versi antarabangsa memfokuskan tema kemakmuran bersama dan pembangunan hijau, menghimpunan pilihan ucapan dan kiasan asal Presiden Xi Jinping, mentafsirkan kiasan dan kebijaksanaan China dari perspektif antarabangsa demi memaparkan kebijaksanaan politik Presiden Xi yang luar biasa dan warisan sejarah dan budaya yang mendalam, selain menunjukkan asal-usul budaya dan kecemerlangan pemodenan ala China.

Program itu mula disiarkan di Televisyen Negara Hungary dan media arus perdana di negara itu bermula Rabu.

Video

Berita Berkaitan