欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

China Gesa Noktahkan Kesengsaraan Rakyat Palestin

(CRI)Khamis 16 Mei 2024

China akan terus bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa untuk menggerakkan penyelesaian isu Palestin secara menyeluruh, adil dan tuntas serta menoktahkan kesengsaraan yang dialami rakyat Palestin.

Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar (MFA) Wang Wenbin semasa taklimat harian di Beijing pada Rabu, sempena genap 76 tahun tragedi Nakba.

Beliau berkata tahun 1948 menyaksikan lebih separuh penduduk Palestin melarikan diri atau dihalau dari rumah mereka semasa Perang Arab-Israel, dan ramai daripada mereka serta keturunan mereka menjadi pelarian di Gaza.

Kini, ketidakadilan yang dideritai penduduk Palestin sejak itu masih belum diselesaikan, sebaliknya bertambah buruk, tambah Wang.

"Hari ini, Gaza ranap dibom dengan puing-puing berhamburan merata-rata. Mereka yang cedera dan sakit tidak dapat menerima rawatan segera; yang lapar tidak dapat beroleh barangan keperluan asas; dan yang melarikan diri daripada malapetaka tiada tempat berlindung.

"Apa yang menjadi persoalan ketika ini adalah sampai bilakah krisis kemanusiaan dan penderitaan rakyat Palestin akan berakhir.

"Kami (China) berpendirian tegas menentang pertempuran daripada terus merebak ke Rafah serta hukuman kolektif menyasar penduduk di Gaza,” kata Wang.

Beliau menyatakan Beijing mendukung penubuhan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat berdasarkan garis sempadan tahun 1967, dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negaranya.

"Kami menyokong keanggotaan penuh Palestin menyertai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) secepat mungkin,” ujar beliau.

Video

Berita Berkaitan