欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Teknologi Canggih Bantu Majukan Industri Perikanan China

(CRI)Jumaat 17 Mei 2024

Tahukah anda berapa banyak amaun ikan ternakan di kawasan perairan seluas 0.5 hektar? Jawapannya ialah satu juta ekor.

Zon rintis ladang ternak marin yang beroperasi di Pulau Changdao, provinsi Shandong mempunyai kapasiti pengeluaran ikan sehingga 1,000 tan setiap tahun susulan penggunaan sangkar pintar gergasi yang ditempatkan pada kedalaman sehingga 30 meter bawah laut.

Teknologi dan inovasi baharu diperkenalkan untuk meningkatkan industri perikanan dan memperkasa program pembangunan ladang ternak marin, sehingga menjadikan laut sebagai 'jelapang padi'.

Data menunjukkan, China berdiri teguh sebagai pengeluar produk berasaskan perikanan terbesar dunia, dengan menyumbang lebih 60 peratus daripada hasil sektor akuakultur seluruh dunia.

Sangkar pintar gergasi bawah laut kini diguna pakai secara meluas di China untuk membantu meningkatkan pengeluaran produk perikanan.

Sangkar itu dilengkapi dengan sensor, kamera bawah air dan pengesan isyarat radar, membolehkan pengusaha ladang ternak berkenaan mendapatkan pelbagai data masa nyata seperti suhu air, tahap kemasinan dan nilai pH.

Video

Berita Berkaitan