欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Industri Kereta Terbang China Mula Berkembang Pesat

(CRI)Jumaat 17 Mei 2024

Industri kenderaan berlepas dan mendarat elektronik menegak (eVTOL) atau lebih dikenali sebagai 'kereta terbang' mula mengalami perkembangan yang pesat di China.

Kini, syarikat pengeluar pesawat China giat berusaha menggerakkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pengkomersialan eVTOL dalam usaha melengkapkan sistem lalu lintas udara.

eVTOL menggunakan elektrik sebagai tenaga utama dengan tahap pendigitalan sehingga 90 peratus.

Dilengkapi rangkaian komunikasi 4G dan 5G, ia mengendalikan fungsi seperti transmisi imej definisi ultra tinggi, pengurusan kependaman rendah jarak jauh dan penentududukan tepat dalam keadaan tanpa pemandu.

Pada masa depan, penumpang hanya perlu menentukan tempat dituju pada skrin paparan kereta terbang sebelum melakukan perjalanan atau mengunjungi sebuah kawasan peranginan.

Seiring dengan kemajuan teknologi dan peningkatan permintaan pasaran, syarikat China terbabit akan terus mendorong pembangunan dan penggunaan eVTOL.

Selain membawa perubahan besar kepada bidang pengangkutan, ia akan turut menyuntik kedinamikan serta peluang baharu kepada pembangunan sosioekonomi.

Video

Berita Berkaitan