欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Tayangan Perdana Dokumentari Mempromosi Anyang oleh People's Daily Online

Upacara kemuncak sempena "Hari Muzium Antarabangsa" 2024 telah diadakan pada 18 Mei di Muzium Yinxu di Anyang, provinsi Henan, di tengah China.

Acara itu dianjurkan bersama oleh Jabatan Publisiti Jawatankuasa Perbandaran Anyang Parti Komunis China (PKC) dan Biro Peninggalan Budaya Perbandaran Anyang.

Pada majlis itu, People's Daily Online telah mempersembahkan tayangan perdana "Tales of Cities", iaitu dokumentari publisiti yang umumnya memfokuskan pada Anyang, serta episod Anyang siri dokumentari mikro "Menjejak Asal-usul Tamadun China".

Tayangan perdana tersebut secara tidak langsung meningkatkan lagi pengaruh dan audiens muzium-muzium Anyang.

"Tales of Cities" terbitan People’s Daily Online merupakan video yang telah memenangi anugerah daripada Anugerah Kewartawanan China, dengan objektif untuk menonjolkan imej antarabangsa kontemporari bandar-bandar di China.

Secara amnya, ia memaparkan lawatan pengalaman oleh wartawan asing dari People's Daily Online, dan memfokuskan pada ciri serta tema unik pelbagai tempat untuk meningkatkan keberkesanan komunikasi antarabangsa, selain membantu kerajaan tempatan mencipta identiti global yang menonjol.

Bulan lalu, pasukan wartawan dari People’s Daily Online melawat Anyang dan mempamerkan sumber budaya dan pelancongan unik Anyang, serta pandangan pembangunan baharunya, dengan menjadikan warisan sejarah dan keunikan budaya sebagai asas.

Usaha tersebut sekali gus membantu membina jambatan komunikasi antara Anyang dan dunia yang lebih luas melalui penceritaan visual.

Video

Berita Berkaitan