欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Kerjasama China, GCC Bawa Limpahan Manfaat

(CRI)Jumaat 24 Mei 2024

Pemerkasaan kerjasama China dengan negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) bermanfaat bagi menggalakkan kestabilan dan pembangunan serantau, dan bakal membawa limpahan manfaat kepada rakyat kedua-dua pihak.

Demikian dinyatakan Naib Perdana Menteri China Ding Xuexiang ketika berucap dalam Forum China-Negara GCC mengenai Kerjasama Perindustrian dan Pelaburan di bandar Xiamen pada Khamis.

Beliau menyarankan kedua-dua pihak berganding bahu memacu kerjasama perindustrian dan pelaburan secara berkualiti tinggi berdasarkan prinsip berunding bersama, membangun bersama dan berkongsi, dan menyuntik momentum baharu kepada kemakmuran dan pembangunan.

Untuk itu, Ding turut mengemukakan empat cadangan antaranya memperkasa reka bentuk peringkat atas dan penyelarasan strategi pembangunan; memperhebat kerjasama pragmatik dan mendorong pembangunan bersama; meningkatkan jaminan perkhidmatan dan mengoptimumkan persekitaran perniagaan; mengukuhkan sokongan antara satu sama lain dan menggalakkan integrasi kepentingan.

Video

Berita Berkaitan