欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Tampuk Kuasa PKC Sasar Pembangunan Bahagian Tengah China, Nyah Risiko Kewangan

(CRI)Selasa 28 Mei 2024

Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) mengadakan satu mesyuarat pada Isnin untuk membahas "Langkah-Langkah Mempercepat Pembangunan Kawasan Bahagian Tengah pada Era Baharu" dan "Peraturan Kebertanggungjawaban Nyah-Risiko Kewangan".

Untuk rekod, usaha mendorong pembangunan kawasan bahagian tengah merupakan satu gerak kerja strategik oleh Jawatankuasa Pusat PKC di bawah kepimpinan Setiausaha Agungnya, Xi Jinping.

Difahamkan, mesyuarat tersebut menggesa agar garis panduan yang disediakan itu dapat diikuti, dan melaksanakan pelbagai tugasan secara substantif dalam melengkapkan matlamat pembangunan kawasan tengah China sebagai pangkalan utama peringkat kebangsaan, khususnya dalam pengeluaran bijirin, bahan mentah, sumber tenaga, pengeluar peralatan moden dan industri berteknologi tinggi, serta hab pengangkutan bersepadu supaya dapat melakar kecemerlangan yang baharu.

Sementara itu, penyusunan semula terhadap Peraturan Kebertanggungjawaban Nyah-risiko Kewangan bertujuan untuk meningkatkan kawalan Parti dalam tadbir urus sektor kewangan, memastikan kelancaran dan kelangsungan dalam pelaksanaan arahan jawatankuasa pusat PKC di pelbagai peringkat terjamin, memperincikan pelaksanaan sistem akauntabiliti di jabatan pengurusan, institusi kewangan, jabatan perindustrian dan pihak berkuasa tempatan, dan melaksanakan kawal selia dan nyah-risiko dalam sektor kewangan secara efisien dan menyeluruh demi mewujudkan pembangunan yang berkualiti.

Video

Berita Berkaitan