欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Tahu Tak Anda Istilah Ruangan Angkasa Ini?

(CRI)Jumaat 31 Mei 2024

China telah mencapai perkembangan menakjubkan dalam bidang ruang angkasa mutakhir ini. Tiga angkasawan kru kapal angkasa lepas Shenzhou-18 berjaya memasuki stesen angkasa China pada 26 April, dan menjayakan aktiviti luar kenderaan (EVA) kali pertama pada 28 Mei.

Walau bagaimanapun, apabila berbicara mengenai ruang angkasa, bolehkan anda bezakan istilah-istilah seperti "penerbangan", "penerbangan angkasa lepas", dan "astronavigasi"?

Ahli sains tersohor China, Qian Xuesen pernah memberi tafsiran kepada tiga istilah tersebut.

Menurut beliau, aktiviti penerbangan di dalam atmosfera Bumi dipanggil "aviation" atau "penerbangan". Aktiviti di luar atmosfera dan di dalam sistem tata suria dipanggil "space flight" atau "penerbangan angkasa lepas". Manakala aktiviti di luar sistem tata suria dipanggil "astronavigation" atau "astronavigasi".

Dalam liputan media, sesetengah negara memanggil orang yang memasuki ruangan angkasa sebagai "astronaut", manakala di China mereka dipanggil "Taikonaut", iaitu yang mengambil sebutan perkataan "tai kong" dalam Mandarin yang membawa erti ruangan angkasa lepas.

Video

Berita Berkaitan